Post ini tiada motif mengutuk..Tetapi hanya ingin menyampaikan bahawa suamiku adalah kaki bola tahap GABAN! Ye, I pun kaki bola tapi I tidak akan online dari sampai di rumah selepas seharian bekerja membanting jejari di papan kekunci sampailah kepada waktu untuk tidur, suamiku masih online, mencari apa2 info mengenai bola sepak tanah air dan SELANGOR! Lebih2 lagi bila mana Selangor sudah mengikat Bosko Balaban si kuda tua, tapi nasib jugak masih memiliki gerakan tajam dan tendangan berbisa menghasilkan gol.. Safiq Rahim pun apa kurangnya..Sangat yakin bergerak di padang semasa perlawanan melepasi pertahanan lawan. Prestasi beliau di tahap terbaik walaupun masih belum ada sentuhan freekick berbisa terhasil daripada beliau.
I? Well, masih lagi suam2 kuku kerana tuntutan kerja dan banyak lagi kerja lain nak kena selesaikan. Masak, kemas dapur, angkat baju kat ampaian (kalau ada), lipat baju, baca buku etc. Suami I? Membongkang depan tv sambil online FB group Selangor, Ultra Selangor, Selangor United, Rankin Terbaik Barisan Pemain Selangor dan sebagainya.. Sampaikan I pun dah ikut sama nak check page Selangor. Adeh. Terengganu la. Hahaha.
Terengganu apa cerita? Well, juara tak gelabah, penyokong pun sama. I la tu. Hahahaha. Tapi sebenarnya I masih tidak puas hati dengan prestasi Abdul Hadi Yahya. I want more goals from him. Dahla I menyokong dia dan sangat suka tengok dia main bola. Cuma nasib dia makin merudum selepas Liga Super 2011 berakhir. Tapi Alhamdulillah, untuk Piala FA, beliau telah menghasilkan gol sulung dan I sangat berbangga kemarau gol dia sudah berakhir. Tapi jika dilihat dengan pemilihan daripada Jurulatih Mat Zan, dia lebih suka meletak Francis Forkey Doe @ FFD untuk menerajui jentera serangan bersama Manaf Mamat atau sesekali bersama Ashaari Shamsudin. Mungkin selepas ini jurulatih Penyu akan cuba memperbanyakkan peluang kesebelasan utama kepada AHY. Muslim dan Zubir pun masih mencari rentak dalam pertahanan dan masih belum dapat menewaskan senior si kereta kebal, kapten Marzuki.
Kesimpulan yang dapat dilakukan ketika ini, walaupun I sebenarnya tidak puas hati dengan si encik suami, tetapi apakan daya, I pun dah melencong bercerita mengenai pasukan bola kesayangan, Terengganu. Hahaha. Sabar ajela...Tetapi berbalik pada cerita pokok, disebabkan encik suami, I tidak dapat meluangkan masa mengguna laptop dan layan bola online kerana memberi laluan kepada si encik suami..
Jadi, I telah menggelarkan si encik suami dengan panggilan kaki bola dengan harapan ia adalah hint I juga ingin berada atas talian untuk membaca apa2 info mengenai pasukan bola I.
En. suami,
I kipas-susah-mati Terengganu tau!
Fashionistas
Seriously???
Looks to Drool
Shop Online
Blog Walking?!
Anything Sports?!
Monday, February 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment
Thanks sebab sudi comment! Much appreciated!