Pages

Friday, February 22, 2013

Tips solat Subuh konsisten!

Inked by Darlyn Azlinda at Friday, February 22, 2013
Again, I got this from another blog. Selalu2 sgt lewat perform prayers on weekends. Subuh gajah is what my mom always nag us with. Huhu.

Antara perkara yang bole motivasikan diri kita untuk bangun Subuh dengan konsisten ialah;

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya.Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.

~Saya selalu kalah dgn godaan. HELP!

2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

~Saya sudah tanam tapi saya boleh turn of itu alarm clock lagi. Huhu.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

~Sesungguhnya inilah sebaik2 motivasi. Tapi manusia cepat bosan dan seringkali tertewas =(

4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.

~Saya bernasib baik mempunyai seorang suami yang lebih baik dariapada diri saya sendiri.Cepat jer membebel kalau saya terlengah2 nak solat.

6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.

~Tidur sebelah suami lagi best. Kena tarik hidung untuk solat Subuh lagi lagi best!

7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

~Baru mlm tadi mkn banyak.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.

~GULPPPPP!

9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.

~Ye, itulah sebaik-baiknya!

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.

~Lepas Subuh harus tidur balik. Hujung minggu adalah hari utk tidur. -Sila jgn ikut!

0 comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi comment! Much appreciated!

 

gadis introvert Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea