Saman.
Semua orang sekarang ni suka menyaman. Siap sikit saman, silap banyak, lagilah banyak orang nak saman. Dulu ingat artis saja yanag suka saman2 ni, maklumla mereka semua adalah 'public figure' yang kena jaga periuk nasi masing2. Yalah, kalau tidak, tiada sesiapa nak offer job pula nanti.
Tapi lain halnya dengan politician di Malaysia. Semua orang dah saman-menyaman ni. Tapi peliknya, adakah tindakan polis diambil? Aku tngok juga kalau2 Mat Sabu, Utusan, Ambiga dan sewaktu dengannya diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ataupun disoal siasat oleh polis. Sebelum dan selepas BERSIH 2.0 rally, banyak juga laporan polis dibuat mencecah ribu2. Tapi tiada tindakan susulan juga. So, sebenarnya apa tujuan kita menyaman orang ni? Adakah hanya nak kejar glamour atau pun nak menunjukkan betapa kita ini adalah superior?
Adakah kita semua kena tunggu kes yang lebih berat seperti kes JAIS melakukan pemeriksaan untuk memastikan adakah Church center itu sedang menjalankan proses meraikan mereka yang telah selamat dimurtadkan? Itu belum pasti sebab mereka mendakwa hanya mendapat bantuan sara hidup. Masih belum tahu bilakah laporan tersebut akan siap. Macam takkan siap sahaja sebab ada banyak pihak seperti melengah2kan untuk menerangkan kepada umum.
Terkini, Mat Sabu pun menyaman Utusan, manakala ada ratusan lagi laporan polis dibuat terhadap Mat Sabu. Tak takut pulak dia dengan laporan polis. Pelik, sungguh pelik. Setaip hari dan setiap kali membaca Malaysiakini atau The Malaysian Insider, perasaan aku seperti membuak2 hendak marah sebab ayat mereka tulis memang berunsur provokasi terhadap kerajaan, atau lebih tepat, 'nyenyeh' kepada kerajaan. Tapi hairan, mereka masih lagi menuntut kebebasan media walaupun kini mereka senang sahaja menyebar fitnah dan membuat laporan yang salah. Memang benar, hak sesiapa sahaja untuk membaca, berfikir dan membuat penilaian. Cuma, penilaian saya tidak akan berpihak kepada mereka.
Ada sesiapa nak saman I?
Fashionistas
Seriously???
Looks to Drool
Shop Online
Blog Walking?!
Anything Sports?!
Wednesday, September 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment
Thanks sebab sudi comment! Much appreciated!