Terasa. Aku tahu ia mungkin kecil bagi orang yang mendengarnya, tapi ia adalah besar apabila pejuang kemerdekaan yang kita agungkan telah diperlekeh oleh orang kita sendiri.
Banyak perkara yang telah berlaku di Malaysia and banyak betul isu-isu sensitif dimainkan/dipaparkan di dada2 akhbar, regardless of which sides. Terbaru, isu pasal MP Mat Sabu yang begitu mengagung2kan Mat Indera iaitu pejuang kemerdekaan bersayap kiri. Aku tak tahu sama ada kita semua telah ditipu atau Mat Sabu sebenarnya buta sejarah Tanah Melayu/Malaysia. Telah banyak laman web pro dan juga anti kerajaan berdebat, tak kira sama ada bersetuju atau dengan lantang melabelkan Mat Sabu sebagai seorang tali barut Komunis. Cari sahaja mengenai beliau di carian laman web, dan bacalah apa sahaja yang ditulis mereka. Namun, adalah lebih baik anda membaca dari kedua2 pihak sebelum membuat keputusan untuk melabel sesiapa komunis, penipu atau pemutar belit sejarah. UMNO dan PAS sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menyatukan undi atau memecah undi kaum Melayu. PKR saya pasti telah lama ditolak oleh kebanyakan orang Melayu kerana tidak mahu setia kepada pemimpin yang mempunyai masalah moral. Walaupun masih belum pasti tentang kebenarannya, semua orang bagaikan sudah pasti akan hakikat yang akan terbongkar lambat laun. DAP pula semestinya sampai bila2 tidaka akan mendapat sokongan aku. Aku tak pasti tentang orang lain.
Sejarah tidak mungkin berubah dan boleh diubah, tetapi kita boleh mencipta sejarah.
Fashionistas
Seriously???
Looks to Drool
Shop Online
Blog Walking?!
Anything Sports?!
Tuesday, September 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment
Thanks sebab sudi comment! Much appreciated!